Posts

Showing posts from January, 2023

RESEPI CUCUR SAYUR SEAFOOD

Image
  CARA BUAT CUCUR SAYUR SEAFOOD. BAHAN-BAHAN: - 400gm tepung gandum  - 100gm tepung beras  - 1 biji telur - 1/2 batang lobak merah | parut halus  - 1/2 cawan tauge | buang ekor - 1/2 cawan daun kucai | potong 2-3cm  - 1/2 biji bawang Holland | hiris - 1/2 cawan dang yang telah dibuang kulit dan kepala  - 1/2 cawan isi ketam stik | carik-carik  - 1 sudu makan serbuk perasa ayam - Air sejuk secukupnya  - Sedikit garam - Minyak masak untuk menggoreng CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan sayur dan seafood dalam mangkuk.  2. Tambahkan tepung gandum, tepung beras, garam dan perasa ayam.  3. Gaul rata dan masukkan telur dan air sejuk secukupnya.  4. Kacau hingga sebati dan ketepikan.  5. Panaskan minyak, goreng cucur dengan api sederhana hingga masak.  6. Angkat dan toskan. 7. Hidangkan bersama sos cili atau kuah kacang.

RESEPI ROTI JALA INTI PISANG SOS COKLAT

Image
  CARA BUAT ROTI JALA INTI PISANG SOS COKLAT BAHAN-BAHAN: - 150gm tepung gandum - 20gm gula halus  - 15gm serbuk coklat/koko  - 1/8 sudu teh serbuk kulit kayu manis | jika suka - 1/4 sudu teh garam halus  - 1 biji telur - 250ml santan /susu cair  - 1 sudu teh pes coklat  - 1sudu makan mentega INTI: - Pisang Emas | goreng dengan mentega hingga garing BAHAN SOS COKLAT:  - 1/2 cawan serbuk koko  - 2 sudu makan susu pekat manis - 1/2 cawan susu cair - 1 sudu makan gula pasir  - 1 sudu mentega  -  Secubit garam CARA MEMASAK: 1. Campurkan semua bahan kulit kecuali mentega yang dicairkan.  2. Kacau rata mengguna mixer atau blender, setelah sebati masukkan mentega. Kacau lagi.  3. Tapis dan masukkan dalam acuan roti jala.  4.Panaskan kuali non stick leper.  5. Jalakan adunan membentuk jaringan biarkan masak.  6. Letakkan pisang goreng tadi di roti jala dan gulung.  7. Sementara itu sediakan sos coklat...

RESEPI ROTI PISANG

Image
  CARA BUAT ROTI PISANG SEDAP!!! BAHAN-BAHAN: - 300gm pisang berangan masak | potong kecil - 200gm tepung gandum - 400ml santan - 100gm gula pasir | boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis - 1 sudu teh garam garam  - 1 biji telur saiz A - 1/2 sudu teh esen vanila - Mentega | untuk oles acuan CARA MEMASAK: 1. Campur tepung gandum, gula, garam,vanila, telur dan santan.  2. Adun hingga rata dan tidak berketul.  3. Masukkan pisang, adun lagi hingga sekata.  4. Panaskan acuan atau boleh guna acuan non-stick.  5. Hias dengan hirisan pisang di atasnya dan tutup.  6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180C. selama 30-35 minit atau hingga ia masak.  7. Sebelum angkat, sapukan sedikit marierin di atasnya.  8. Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.

RESEPI RESOLES RAGOUT

Image
  CARA BUAT RESOLES RAGOUT. BAHAN-BAHAN: - 300gm ayam rebus | siat-siatkan  - 3 batang lobak merah - 100ml susu - 100ml stok ayam - 4 sudu makan tepung gandum  - 2 sudu makan mentega  -1biji bawang Holland | cincang - 1/2 sudu teh serbuk buah pala | abaikan jika tidak suka - 1 pokok daun saderi | cincang halus  - Garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya. BAHAN KULIT: - 250gm tepung gandum  - 2 sudu makan mentega | cairkan  - 2 biji telur  - 600ml air -. 1/2 sudu teh garam BAHAN SALUT: - Tepung gandum - Telur  - Serbuk roti/nestum - Minyak masak | untuk menggoreng CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang Holland menggunakan sedikit mentega.  2. Masukkan tepung gandung, kacau rata.  3. Kemudian masukkan ayam, lobak merah, stok ayam, hirisan daun bawang, daun saderi serta serbuk lada hitam dan susu cair. 4. Masak hingga pekat dan mendidih.Tutup api dan biarkan sejuk.  5. Sementara it sediakan bahan kulit. Campurkan semua bahan...

RESEPI SAMBAL UDANG PETAI

Image
  CARA BUAT SAMBAL UDANG PETAI  BAHAN-BAHAN: - 500gm dang kertas saiz XL | buang janggut, bersih dan tos  - 250gm isi petai - 1 biji bawang besar | hiris bulat  - 200gm cili kisar - 150gm bawang merah | kisar  - 100gm bawang putih | kisar - 100gm halia | kisar  - 2cm belacan - Garam dan gula secukup rasa  - Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng udang dan menumis CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng udang dan petai secara berasingan dan ketepikan.  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.  3. Tumis bahan kisar hingga : wangi, kemudian masukkan cili kisar dan belacan.  4. Kacau rata hingga naik bau.  5. Masukkan dang, kacau rata, kemudian tambah bawang Holland dan petai goreng tadi.  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  7. Tutup api dan Sambal Udang Petai sedia dihidangkan.

RESEPI ITIK SALAI GULAI LEMAK CILI PADI

Image
CARA BUAT ITIK SALAI GULAI LEMAK CILI PADI  BAHAN-BAHAN: - 1 kg itik salai  - 300ml santan pekat  - 2 keping asam keping  - 4 helai daun limau purut  - 3 batang serai | titik  - 3cm lengkuas | ketuk  - Garam & gula secukup rasa BAHAN KISAR: - 6 ulas bawang merah - 3 ulas bawang putih  - 2cm halia - 15 biji cili padi CARA MEMASAK: Potong kecil itik salai, kemudian bersih dan toskannya. Masukkan itik salai dalam kuali atau periuk, dikuti dengan bahan kisar.  Masukkan juga serai, lengkuas dan daun limau purut.  Masukkan sedikit air, biarkan mereneh supaya isi itik salai sebati dengan bahan kisar.  Apabila isi itik masak, masukkan santan pekat, jika terlalu pekat tambah sedikit air.  Masukkan asam keping dan terus kacau atas api sederhana.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Tutup api dan Itik Salai Gulai Lemak Cili Padi sedia dihidangkan.

RESEPI CAPATI GULUNG DADA AYAM BAKAR

Image
CARA BUAT CAPATI GULUNG  DADA AYAM BAKAR  BAHAN-BAHANNYA: - 3 keping capati segera | masak di atas kuali leper - Daun salad secukupnya - Tomato dihiris - 1 biji bawang besar | dihiris v Sos Kewpie secukupnya    Bahan ayam bakar: - Sekeping dada ayam - Sedikit mentega - 1 sudu teh serbuk kunyit - 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus - 1/2 sudu teh lada hitam v Garam secukup rasa CARA MEMASAK: 1. Ambil dada ayam (perapkan dengan garam, serbuk kunyit, paprika, bawang putih dan lada hitam)  2. Biarkan perap sekurang-kurangnya 30 minit dan panaskan oven ke suhu 200 darjah Celcius. 3. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit.  4. Potong kecil dan ketepikan  5. Kemudian panaskan capati di atas kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega. Masak hingga ia menggelembung dan angkat.  6. Sapukan mentega di atas capati susunkan salad, bawang dan hirisan tomato. Picitkan sos kewpie (mayonis) di atasnya.  7. Gulung dan potongkan, hidangan sedia ...

RESEPI KERABU TAUGEH KERANG.

Image
CARA BUAT KERABU TAUGEH  KERANG  BAHAN-BAHANNYA: - 1 kg kerang | direbus dan diambil isinya - 1 mangkuk taugeh - 1 ikat pucuk paku | dicelur - 2 ikat kecil daun selom | dihiris halus - 1/2 biji kelapa parut | digoreng/disangai tanpa minvak kemudian ditumbuk kasar - 4 biii limau nipis diambil airnya - 2 biji bawang merah | dihiris nipis - Garam dan gula secukup rasa Bahan perencah yang ditumbuk sederhana halus: - 4 biji cili padi - 2 biji cili merah CARA MEMASAK : 1. Gaulkan kesemua bahan.Perasakan dengan garam dan gula.  2. Siap dihidangkan bersama nasi, pastikan kesemua daun-daun sudah dicelur terlebih dahulu